Selasa, 27 November 2012

Susu Saya Bertambah!

Alhamdulillah...

Kawan saya baru je amalkan pengambilan Alfalfa selama 2 hari.
Dia mengeluh susu dah tak ada stok.

Profil
Umur : 34 tahun
Jantina : Perempuan
Status : Anak 3, yang bongsu baru 9 bulan

Hari ini dia Whatsapp saya!
Saya sangat gembira sebab kawan saya pun gembira sangat-sangat!


Tapi awas! Jika anda hamil, elakkan pengambilan alfalfa di kerana ia bertujuan melancarkan darah, takut nanti ada risiko turun darah pula.

Saya cadangkan pengambilan suplemen untuk ibu-ibu menyusu:-
1. Vitalea
2. Vita-C
3. B Complex
4. ESP
5. Alfalfa

dan dia minta tambahkan
1. OmegaGuard
2. OsteMatrix
3. Lecithin

Selamat bervitamin!

Isnin, 26 November 2012

Bagaimana Mempertingkatkan Bone Mass Saya?

Suatu hari, seorang rakan datang menimbang berat badan beliau dengan Body Health Analyzer saya.

Profil diri
Jantina : Lelaki
Umur : 35
Ketinggian : 165cm
Merokok / Tidak Merokok
Bacaan Bone Mass : 2.0 (Julat bacaan normal untuk profil beliau adalah >2.6)
Tarikh bacaan Bone Mass diambil :  19 September 2012

Latarbelakang
Merupakan seorang yang aktif sukan ragbi sewaktu zaman sekolah.
Bermain futsal secara santai pada hujung minggu kebelakangan ini.
Mengalami patah tulang selangka sewaktu bermain futsal baru-baru ini.

Ketika timbangan dibuat, bacaan bone mass beliau adalah 2.0 di mana julat normal untuk kategori beliau sepatutnya melebihi 2.6.

Saya mencadangkan pengambilan OsteMatrix secara berterusan bagi membantu pemulihan tulang selangka beliau yang patah serta mempertingkatkan bone mass beliau.

Hari ini, sekali lagi bacaan Bone Mass beliau diambil dan didapati bacaan tersebut telah mencecah 2.8!

Hasil pemerhatian doktor juga mendapati tulang selangka beliau telah pulih dengan kadar yang cepat.

Alhamdulillah, OsteMatrix adalah lebih dari sekadar kalsium! OsteMatrix turut mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Apalagi! Jomlah kita berOsteMatrix!

Bone Mass dan Shaklee


Apakah Bone Mass atau Jisim Tulang? 
Jisim tulang merujuk kepada jumlah isipadu tentu galian/mineral di dalam tulang (kebanyakannya kalsium dan fosforus). Jisim tulang juga dipanggil ketumpatan tulang atau kepadatan mineral tulang (BMD). Seseorang dengan ketumpatan tulang yang rendah adalah berisiko tinggi untuk mengalami patah atau osteoporosis.


Apakah Osteoporosis?
Penyakit rapuh tulang atau dikenali sebagai Osteoporosis ialah kehilangan atau pengurangan ketumpatan, jisim (kepadatan) dan kekuatan tulang. Osteoporosis juga merupakan satu penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Tempat yang biasa terjadi ialah di bahagian tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan.

Apakah itu tulang? 
Tulang merupakan struktur yang hidup. Kekerasan dan kualiti mineralnya terhasil dari tindakan sel-sel tulang. Pengurangan kekuatan dan ketumpatan tulang inilah yang menyebabkan Osteoporosis. Dalam kes Osteoporosis, tulang menjadi berliang, tidak kuat dan mudah retak/patah walaupun dari kesan kecederaan yang kecil dan ringan.
 
Siapakah yang mudah mendapat osteoporosis ? 
Anda mungkin menganggap bahawa hanya wanita yang tua, yang putus haid atau mereka yang telah membuang ovari merupakan sasaran keadaan ini. Memang ada kebenarannya. Tidak dapat kita nafikan bahawa hormon merupakan penyebab penting dan wanita yang berumur 35 tahun ke atas merupakan golongan yang berisiko tinggi, tetapi banyak faktor lain juga menyumbang kepada kejadian osteoporosis ini. Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang perlu anda ketahui : 
Kekurangan kalsium yang berpanjangan atau sindrom kurang keupayaan penyerapan usus 
Paras estrogen yang rendah selepas putus haid (menapous) atau selepas pembuangan ovari 
Tidak melakukan senaman atau tidak aktif 
Merokok 
• Pengambilan alkohol yang banyak 
Pengambilan kafein yang banyak dari minuman kopi, teh dan sebagainya 
Mengguna ubat mengandungi steroid untuk jangka waktu yang sangat lama 
• Faktor bangsa : keturunan Asia dengan bentuk rangka tubuh yang kecil 
• Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.

Pencegahan

Disyorkan cara-cara untuk mencegah jisim tulang yang rendah termasuk 
makan makanan yang mengandungi banyak kalsium dan vitamin D
melakukan senaman penampung berat (seperti berjoging berjalan, atau menari)
tidak merokok dan tidak meminum alkohol berlebihan. 
Jika anda mempunyai osteopenia, doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang yang lebih yang boleh membawa kepada osteoporosis. 


Cadangan Suplemen

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.





Jisim tulang merujuk kepada jumlah galian (kebanyakannya kalsium dan fosforus) bahawa isipadu tentu tulang mengandungi. Jisim tulang juga dipanggil ketumpatan tulang atau kepadatan mineral tulang (BMD). Seseorang dengan ketumpatan tulang yang rendah adalah berisiko tinggi untuk patah dan osteoporosis.

Read more: Apakah Massa Tulang? | EHow.com http://www.ehow.com/facts_5542767_bone-mass.html#ixzz2DJmFnfgV

OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Selasa, 20 November 2012

ALFALFA - Buy 6 Free 1

Promosi bulan November 2012
Alfalfa Complex 
Buy 6 free 1

Milk Blister dan Lecithin

Sebulan saya menderita kesakitan dengan masalah Milk Blister.

Apa itu Milk Blister? (turut dikenali sebagai Nipple Bleb)
Secara ringkasnya, ia adalah baki susu yang tertinggal dan diselaputi epidermis.
Sakit, memang sakit seperti kena toreh dengan pisau!
Untuk pembacaan lanjut, boleh rujuk di sini.

Daripada link di atas juga, saya terbaca tentang penggunaan Lecithin untuk merawat Milk Blister.

Dengan penuh rasa ingin tahu, saya pun terus mencuba untuk merawat Milk Blister.

1. Penggunaan secara oral : saya teruskan makan Lecithin sebiji sehari.
2. Penggunaan secara luaran : saya pecahkan sebiji Lecithin dan sapu pada permukaan Milk Blister tersebut.

Hasilnya...Alhamdulillah menakjubkan!

Milk Blister tersebut telah mengecut dan kering.
Dah tiada lagi rasa ngilu semasa direct feeding dan pumping.

Kawan-kawan yang ada masalah Milk Blister, boleh cuba kaedah di atas ya!

Nota :
Suplemen yang saya ambil untuk masalah di atas:
1. Lecithin (permukaan dan secara oral)
2. Vita C (untuk mempertingkatkan sistem imunisasi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM

Name:
Contact No
Email Address:
Payment Method
Delivery Method
Mailing Address
List of Item/Quantity

Form provided by Freedback.